Sabtu, 28 Desember 2013

Rumah Mawi Di Pecah Masuk 4 Perompak

Salam semua,




Rumah Mawi Di Pecah Masuk 4 Perompak

Rumah Mawi yang terletak di Bangi dimasuki empat perompak awal pagi tadi… kejadian rompakan itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila beberapa perompak memecah masuk ke rumah banglo milik Mawi dan melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit.

Rumah mawi dipecah masuk ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.

Semasa kejadian terdapat rompakan itu ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas pengurus peribadi Mawi  iaitu Mohd Nasir Ismail,

Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.

Dalam rompakan itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000. sumber mStar Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar