Jumat, 27 Desember 2013

Gerakan gesa BN pertimbangkan gugurkan keahlian berdasarkan kaum

Oleh Mohd Farhan Darwis May 22, 2013
KUALA LUMPUR, 22 Mei — Barisan Nasional (BN) perlu mempertimbangkan untuk menggugurkan syarat kaum untuk menyertai gabungan berkenaan, sebaliknya menerima keahlian terus tanpa berdasarkan warna kulit.

Cadangan dari parti komponen BN itu dilihat sebagai langkah radikal selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya 2013.
“Saya merayu kepada semua parti komponen seperti Umno, MCA, dan MIC untuk gugurkan keahlian berdasarkan kaum,” kata Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn dalam satu sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, keputusan yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya 2013, yang mana pengundi muda, terutamanya pengundi Cina mula menjauhi BN, langkah berkenaan perlu diambil untuk memperbaiki rekod BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Umno secara beransur-ansur menerima bukan Melayu, Bumiputera, itu tindakan yang baik ... semua parti perlu keluar dari garisan perkauman, ia politik baru yang perlu dilakukan untuk tarik pengundi muda.

“Sebagai parti tunggal BN, jika ia dilaksanakan, kita mungkin boleh tarik undi kumpulan muda,” katanya, dan menambah, BN perlukan imej dan model baru dalam politik.

Dalam Pilihan Raya 2013, BN menang tipis dengan 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat (PR) 89 kerusi. Daripada 133 kerusi Parlimen, 88 dimenangi oleh Umno.TMI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar