Minggu, 22 Desember 2013

PKR petunjuk baru Papagomo


  • Ram Anand
  • Malaysiakini Mac 26 2013
PKR mendakwa, rekod imigresen menunjukkan bahawa penulis blog pro-Umno Papagomo, mempunyai rekod imigresen yang sama dengan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata rekod imigresen menunjukkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri adalah sama di nombor kad pengenalan awam dan kad pengenalan polisnya.

Rafizi menunjukkan rekod bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri adalah 21 Januari 1983 di kedua-dua dokumen tersebut berdasarkan rekod imigresen pada 2010.

Satu daripada rekod berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan bahawa kedua-dua identiti tersebut digunakan dalam pasport yang sama, namun Rafizi mendakwa surat menyurat mahkamah membuktikan alamat Wan Muhammad Azri untuk kedua-dua identiti, di Danau Kota.

"Saya akan bincang dengan peguam sama ada maklumat ini boleh didedahkan," kata Rafizi.

Rafizi juga mendakwa anggota keluarga Papagomo akan muncul semasa perbicaraan kes saman ke atas penulis blog itu bagi membuktikan bahawa beliau sememangnya Wan Muhammad Azri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar