Kamis, 26 Desember 2013

History Channel Bongkar Kisah Sebenar Tan Sri P Ramlee

Malam tadi buat punggung aku terlekat kat sofa selama 2 jam. Channel 555,mulai jam 1000 mlm membuatkan aku tersedar bahawa selama ini aku (mungkin ramai juga)tak tahu kisah sebenar Tan Sri P Ramlee. Rupanya Tan Sri meninggal dalam keadaan KEMISKINAN! Tetiba air mata aku mengalir bila mendengar rakan2nya menceritakan kisah sebenar sepanjang hidupnya. apatah lagi dengar temubual press dgn Tan Sri sendiri semasa hayatnya.(maaf aku x penah tgk temubual sblm ini)

Kisah rakan karipnya yg menangis bila mendengar lagu Di manakan Ku cari ganti yg sedang digubah oleh P Ramlee juga membuat aku sebak. Apatah lagi apabila Aziz Sattar bercerita ttg anak2 P Ramlee hanya makan nasi dengan telur kerana Tan Sri tidak mempunyai wang.

begitu juga kata2 P Ramlee yg berharap agar warisan bangsa terus menjaga muzik asli telah membuat aku rasa terbelakang dgn pendapatnya.

aku amat malu bila wujud sikap hasad dengki drp prodesur filem dan pelakon di Singapura yg merupakan bangsa sendiri semasa nama Tan Sri di kemuncak. yg berbangsa Cina juga rupanya dr dulu menindas Melayu Islam kita ni. Sehinggalah Tan Sri bawa diri ke Tanah Melayu.namun nasibnya bertambah teruk kerana tekanan sehinggalah dia meninggal.sedihnyaaa.....

lagi satu aku malu sbb rencana ini diolah / diadaptasikan dgn baik oleh org2 Barat yang dapat menyusun riwayat hidupnya dari awal hingga akhir. mana pegi bangsa sendiri? rupanya dari kecil hingga ke dewasa aku tertipu oleh siaran tv sendiri.

harap kekawan dapat tengok ulangan Channel ini.......supaya x lagi tertipu.

Semoga Allah SWT meletakkan roh arwah di tempat orang2 yang soleh.....

Tkasih kpd bro wildfx. sesiapa nak dwnload ini link dia....
http://torrent.jiwang.cc/_JWG__Biogr..._-s-80275.html

simpanlah untuk tatapan / pengajaran utk anak cucu.......sbb melayu mudah ditipu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar