Minggu, 29 Desember 2013

MPK Sita 2 Rumah Urut Tawar Khidmat Seks


KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita dua rumah urut di Bukit Tinggi di sini kerana disyaki menawarkan perkhidmatan tidak bermoral termasuk seks kepada orang ramai.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, dua premis itu disita dalam satu operasi rumah urut oleh jabatan itu ke atas lima premis di sini baru-baru ini.

“Sebanyak lima premis diperiksa dan ada diantaranya menyediakan pintu rahsia bagi membolehkan pelanggan dan pekerja melarikan diri apabila diserbu pihak berkuasa.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang melanggar undang-undang berkaitan premis rumah urut,” katanya.


Mengulas lanjut operasi itu, Andry Arman berkata, anggotanya menemui beberapa kondom yang dipercayai baru digunakan untuk aktiviti seks berselerakan di premis yang disita.

Menurutnya, MPK turut merampas tilam, bantal dan langsir di premis tersebut serta mengambil tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPK 2007 kerana beroperasi tanpa lesen.

Tambah beliau, rumah urut terbabit dipercayai menawarkan tiga pakej kepada pelanggan iaitu urut batin, B2B (body to body) dan perkhidmatan seks dengan bayaran RM135 hingga RM168.

Tegasnya, MPK tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang ingkar kepada undang-undang dan mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam bagi tujuan pencegahan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar