Tampilkan postingan dengan label cuma. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label cuma. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014

Orang Melayu tidak berpecah cuma depa tolak Umno

Wartawan Sinar Harian
19 Januari 2013
Dr. Mohamed Fadzli Hassan
Dr. Mohamed Fadzli Hassan
KOTA BHARU – Masyarakat Melayu di Malaysia tidak akan berpecah sebagaimana yang didakwa Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, masyarakat Melayu masih teguh dan tidak akan berpecah antara satu sama lain.

“Melayu menolak Umno sahaja, tetapi bukannya berpecah belah, mereka akan tetap bersatu walaupun tidak menyokong Umno,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas isu bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa orang Melayu kini tidak bersatu dan tidak memilih kerajaan apabila keadaan semakin buruk bila menjelang Pilihan Raya Umum ke13 (PRU-13).

Menurutnya, masyarakat Melayu menolak kepimpinan Umno disebabkan oleh pemimpin parti tersebut yang tidak membela hak-hak rakyat.

Beliau berkata, pemimpin yang betul-betul menjaga hak rakyat tidak akan melepaskan tanggungjawabnya di saat rakyat betul-betul memerlukannya sebagai pembela hak mereka tidak kira dari segi pendidikan, ekonomi dan juga pembangunan negara.

“Itulah beza antara Umno dan Pas, mereka (Umno) mengamalkan budaya nasionalisme tetapi kami (Pas) mengajak masyarakat ke arah perpaduan Islam.

“Beliau (Mahathir) sudah nampak yang sokongan orang Melayu terhadap Umno semakin menipis, maka inilah caranya untuk beliau tarik balik sokongan tersebut.

"Dan dalam masa yang sama beliau cuba untuk mempengaruhi fikiran orang Melayu kononnya orang Melayu akan pupus tidak lama lagi dengan alasan tidak menyokong kerajaan,” katanya.

Fadzli berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu juga boleh membuatkan masyarakat makin hilang kepercayaan kepada pemimpin yang mana kini sedang melanda Umno sendiri.

“Mereka (rakyat) sudah sedar tentang banyak perkara terutamanya kebajikan yang semakin tidak terjaga, maka jangan salahkan mereka jika sokongan semakin berkurangan, itulah hakikat yang perlu diterima pihak lawan dengan apa yang telah dilakukan,” katanya.

Sabtu, 15 Februari 2014

” Kami Bukan Bergaduh Di Stesen Minyak Itu Cuma BERBINCANG Suami Isteri


Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga sudah terdengar khabar yang kurang menggembirakan mengenai Adam AF dan isterinya, Siti Zaidatul Fiza atau Fiza Elite.

Perkahwinan mereka didakwa goyah oleh sebuah akhbar selepas mereka terlibat dengan pertelingkahan di sebuah stesen minyak, baru-baru ini .

Perkara itu dikatakan berpunca daripada sikap Adam yang cemburu dengan Fiza, 32, yang ketika itu sedang berbual dengan bekas kekasihnya di situ.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Adam menafikan perkahwinannya sudah berantakan seperti yang dilaporkan oleh media tersebut.

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya.

“Apa yang terjadi antara kami tidaklah sehingga rumah tangga menjadi goyah,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, juga dilaporkan berkata dia mahu pihak yang membuat cerita tersebut tampil ke depan untuk membuktikan kesahihan cerita yang diuar-uarkan.

Malah Adam juga tidak redha dengan penulisan wartawan yang menjaja cerita tersebut kerana ianya mengatakan semua itu adalah fitnah semata-mata.
Oleh: AUDREY LEE