Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014

Imej Umno mulai merudum di bawah Dr Mahathir Tamrin

Harakahdaily

Yaakub Dasan, 02 Jul 2012
PASIR MAS: Rakyat perlu menggunakan kuasa mereka bagi menyekat kerajaan yang boros daripada terus mentadbir negara ini, sekiranya tidak mahu negara hilang hala tuju pada masa akan datang.

Bekas anggota parlimen Batu Berndam, Datuk Tamrin Abdul Ghafar berkata, rakyat perlu bertindak bagi mengelakkan Malaysia terus hilang hala tujunya dalam menempuh masa depan yang gemilang.

“Perdana Menteri sekarang terlalu boros berbelanja tanpa memikirkan natijah buruk yang akan menimpa masa depan negara.

“Kekurangan ketelitian Datuk Seri Najib dalam perbelanjaan termasuk ketika melawat luar negara baru-baru ini menghabiskan RM850,000 dalam lawatan tiga malam di London.

“Dan RM1.6 juta ketika lawatan  ke New York selama empat  malam,” katanya di hadapan ribuan penduduk yang membanjiri padang Mini Stadium Pasir Mas di sini malam tadi.

Tamrin yang juga bekas anggota Exco Pemuda Umno Malaysia mempersoalkan apakah tidak boros namanya apabila berbelanja lebih RM2 juta dalam lawatan seminggu ke luar negara.

Beliau yang juga bekas Pengerusi MARA berkata, Perdana Menteri sekarang suka kepada promosi berlebihan sehingga ketika menunaikan ibadat umrah pun dibuat kenyataan media.

“Semasa pergi umrah Perdana Menteri membuat sidang akhbar sebanyak empat kali termasuk di Mekah dan Madinah,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa imej Umno mulai menurun semasa ditadbir Tun Dr Mahathir Mohamed apabila bertindak menukar royalti petroleum kepada ihsan semasa PAS mentadbir Terengganu.

“Sejak itu Umno mula merosot dan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi, negara kehilangan RM200 juta. Namun sekarang keadaan lebih teruk lagi melibatkan Felda yang diasaskan Tun Abdul Razak Hussein,” katanya.

Sementara itu di pentas ceramah yang sama artis Abby Abadi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah Taala kerana membuka pintu hatinya bersama dengan perjuangan Islam setelah beberapa kali berada di Tanah Suci Makkah.

Beliau juga melahirkan rasa terharu kedatangannya ke Kelantan dapat bertemu mata dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut menghargai perwatakannya sekarang.

“Salah satu sifat yang saya tertarik dengan Tok Guru bila mana ketika orang kata sebagai bapa kafir, beliau hanya menjawab ‘biarlah dia kata asalkan kita tidak,” ujarnya.

Bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafie berkata, beliau meninggalkan Umno kerana bosan dengan pelbagai kemelut yang melanda parti itu sekarang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah mencabar ahli Parliman Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bertanding tiga penjuru pada pilihan raya ke-13 atas nama bebas bagi melihat sejauh mana pengaruhnya.

“Dengan cara itu barulah beliau tahu seramai mana rakyat Pasir Mas menyokongnya,” kata beliau.

Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad mendedahkan ada pihak cuba mensabotajkan program ceramah tersebut dengan mengedarkan poster bertulis “Ceramah malam ini ditunda ke 6 Julai 2012”.

Senin, 24 Februari 2014

EDISI KANTOI Facebooker UMNO Minta Maaf Kerana Memfitnah Dr Siti Mariah

GREEN BOC 


Masihkah ingat mamat ni yang fitnah Dr Siti Mariah dan beberapa YB dari PR kononnya mempersendakan Raja-raja Melayu?...

Seperti biasalah sama ada bertaraf facebooker maupun blogger asalkan berjiwa dan berdarah UMNO hebat mencabar suapaya disaman, apabila disaman terus melutut minta maaf..

Ini adalah kenyataan Dr Siti Mariah binti Mahmud calon PAS/PR Parlimen P111 Kota Raja mengenai permohonan maaf pemfitnah bergelar doktor berjiwa pekat UMNO.

Alhamdulillah, kes saman malu saya ke atas Dr Kadir Rahman selesai di Mahkamah Tinggi KL pada 30hb April 2013.

Saya tak sempat nak masukkan ke FB ni kerana sibok dengan pgm kempen PRU13 di Parlimen Kota Raja. Syukur nama saya sudah dibersihkan daripada fitnah seperti yang tertulis di dalam blog beliau bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" pada 11hb April 2012.

Saya telah mengemukakan saman malu terhadap beliau melalui Tetuan Abdul Aziz & Yazmin pada 20 hb September 2012. Kes ini saya kira selesai dengan permohonan maaf defenden yang direkodkan di Mahkamah Tinggi KL 30/4/2013 seperti berikut:

Saya menyatakan bahawa Nota tulisan bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" yang disiarkan dan/atau diterbitkan di dalam akaun Facebook pada 11/4/2012 yang telah menamakan DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD adalah tidak diniatkan atau dimaksudkan ke atas DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD. Sekiranya DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD merasakan beliau telah dimalukan, maka Defenden memohon maaf.

Saya harap beliau belajar dari kesilapan beliau. Dalam ghairah menulis dalam FB, jangan sampai mengaibkan dan memfitnah orang. Saya mengambil langkah menyaman beliau kerana tindakan beliau telah menyebabkan tulisan beliau dipetik oleh blogger dan juga Utusan Malaysia selama beberapa hari tanpa usul periksa. Saya harap tiada lagi ulang siar berita sebegini mengenai diri saya.

Blogger2 dan Facebookers yang memanjangkan tulisan beliau dan juga mengutuk saya, saya maafkan kali ini. Saya mengambil contoh dari Tok Guru Nik Aziz yang memaafkan sesiapa yang memfitnah beliau supaya di hari akhirat nanti saya tak perlu tunggu terlalu lama di dalam proses pengadilan. Insyaallah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tetuan Abdul Aziz & Yazmin kerana berjaya mendapat permohonan maaf ini dan membersihkan nama saya sebelum Hari Mengundi pada 5hb Mei 2013 ini.

Dr Siti Mariah binti Mahmud

Senin, 17 Februari 2014

Orang Melayu tidak berpecah cuma depa tolak Umno

Wartawan Sinar Harian
19 Januari 2013
Dr. Mohamed Fadzli Hassan
Dr. Mohamed Fadzli Hassan
KOTA BHARU – Masyarakat Melayu di Malaysia tidak akan berpecah sebagaimana yang didakwa Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, masyarakat Melayu masih teguh dan tidak akan berpecah antara satu sama lain.

“Melayu menolak Umno sahaja, tetapi bukannya berpecah belah, mereka akan tetap bersatu walaupun tidak menyokong Umno,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas isu bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa orang Melayu kini tidak bersatu dan tidak memilih kerajaan apabila keadaan semakin buruk bila menjelang Pilihan Raya Umum ke13 (PRU-13).

Menurutnya, masyarakat Melayu menolak kepimpinan Umno disebabkan oleh pemimpin parti tersebut yang tidak membela hak-hak rakyat.

Beliau berkata, pemimpin yang betul-betul menjaga hak rakyat tidak akan melepaskan tanggungjawabnya di saat rakyat betul-betul memerlukannya sebagai pembela hak mereka tidak kira dari segi pendidikan, ekonomi dan juga pembangunan negara.

“Itulah beza antara Umno dan Pas, mereka (Umno) mengamalkan budaya nasionalisme tetapi kami (Pas) mengajak masyarakat ke arah perpaduan Islam.

“Beliau (Mahathir) sudah nampak yang sokongan orang Melayu terhadap Umno semakin menipis, maka inilah caranya untuk beliau tarik balik sokongan tersebut.

"Dan dalam masa yang sama beliau cuba untuk mempengaruhi fikiran orang Melayu kononnya orang Melayu akan pupus tidak lama lagi dengan alasan tidak menyokong kerajaan,” katanya.

Fadzli berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu juga boleh membuatkan masyarakat makin hilang kepercayaan kepada pemimpin yang mana kini sedang melanda Umno sendiri.

“Mereka (rakyat) sudah sedar tentang banyak perkara terutamanya kebajikan yang semakin tidak terjaga, maka jangan salahkan mereka jika sokongan semakin berkurangan, itulah hakikat yang perlu diterima pihak lawan dengan apa yang telah dilakukan,” katanya.