Tampilkan postingan dengan label minyak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label minyak. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

Selama 42 Tahun Lelaki Ini Ketagih Minyak




Bagi sebahagian besar orang mungkin mencium bau minyak saja dapat membuat mual bahkan muntah. Namun tidak demikian bagi Chen Dejun, 71 tahun dari Shuijiang, Nanchuan di Chongqing, Cina ini. Buktinya selama 42 tahun terakhir, bukan cuma mencium, bahkan dia juga menjadi salah satu penagih meminum minyak.

Alasan Chen mulai meminum minyak bermula dari penyakit yang dideritanya dan tidak pernah sembuh, walau sudah meminum segala jenis ubat-ubatan. Chen, seorang pemotong batu dan ahli menganyam bambu itu mulai melakukan kebiasaannya itu dari 1969 ketika tiba-tiba dia mulai batuk dan merasa sakit di dada. Kerana tak melihat adanya kemajuan meski sudah minum beberapa ubat, dirinya pun minum obat tradisional berupa minyak tanah.

Dan kerana satu gelas minyak tanah itu bertinjauan membantu rasa sakitnya, sejak itu dia pun menjadi ketagihan dari yang minyak tanah berpindah ke bensin. Menurut Chen, sulit untuk menghitung sudah berapa banyak bensin yang dia minum, namun sebuah akhbar Chongqing Evening News mengabarkan Chen mengkonsumsi sekitar 4.5 ton selama 42 tahun.

Kerana ketagihannya itu, sejak 8 tahun lalu Chen hidup sendiri dan berpisah dengan isteri serta ke-3 anaknya. sumber

Sabtu, 15 Februari 2014

” Kami Bukan Bergaduh Di Stesen Minyak Itu Cuma BERBINCANG Suami Isteri


Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga sudah terdengar khabar yang kurang menggembirakan mengenai Adam AF dan isterinya, Siti Zaidatul Fiza atau Fiza Elite.

Perkahwinan mereka didakwa goyah oleh sebuah akhbar selepas mereka terlibat dengan pertelingkahan di sebuah stesen minyak, baru-baru ini .

Perkara itu dikatakan berpunca daripada sikap Adam yang cemburu dengan Fiza, 32, yang ketika itu sedang berbual dengan bekas kekasihnya di situ.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Adam menafikan perkahwinannya sudah berantakan seperti yang dilaporkan oleh media tersebut.

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya.

“Apa yang terjadi antara kami tidaklah sehingga rumah tangga menjadi goyah,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, juga dilaporkan berkata dia mahu pihak yang membuat cerita tersebut tampil ke depan untuk membuktikan kesahihan cerita yang diuar-uarkan.

Malah Adam juga tidak redha dengan penulisan wartawan yang menjaja cerita tersebut kerana ianya mengatakan semua itu adalah fitnah semata-mata.
Oleh: AUDREY LEE