Tampilkan postingan dengan label . Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label . Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

” Wallahi Wabillahi Watallahi…Bahawasanya Kami Bertaubat ”


SHAH ALAM – Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam pada Jumaat mengetuai 300 pengikut kumpulan itu melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan itu dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini.

Beliau melafazkan taubat itu dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Abdul Shukur Hussein, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan.

“Wallahi, wabillahi, watallahi…bahawasanya kami bertaubat dengan taubat sebenar dan menyesal dengan perbuatan kami…taubat kami hanyalah kerana tuntutan taubat itu sendiri, bukan satu helah untuk lari daripada isu sebenar dan tindakan undang-undang yang akan kami hadapi,” antara lafaz taubat Hatijah.
Dalam lafaz taubat berkenaan, Hatijah atau lebih dikenali Ummu Jah turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan tidak akan memberi peluang untuk fahaman itu dihidupkan semula.

Hatijah berkata lafaz taubat itu bermakna beliau dan pengikutnya telah insaf dengan semua perbuatan yang menyalahi hukum agama Islam dan juga yang melanggar pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Bercakap kepada Bernama kemudian, Marzuki berkata lafaz taubat yang dibaca balu pengasas Al-Arqam itu telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor serta diedarkan kepada 300 pengikut yang lain dan pejabat tersebut bersetuju untuk Hatijah mengetuai lafaz taubat tersebut.

Abdul Majid pula berkata bertaubat dengan hati yang betul-betul ikhlas serta melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang sebetul-betulnya sudah mencukupi dan setiap kesalahan yang pernah dilakukan tidak perlu dilafazkan secara terperinci.

Hatijah juga berkata taubat yang dilafazkan itu akan membantunya memantau sendiri pergerakan kumpulan itu bagi memastikan tiada lagi ajaran-ajaran sesat sebelum ini diamalkan semula pengikutnya malah menawarkan mana-mana pihak untuk datang ke tempat ibadat mereka untuk memastikan bahawa mereka benar-benar bertaubat.

Pada 13 Mei lepas, Hatijah ditahan bersama-sama sembilan pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Arab Saudi kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.

Pada Khamis, Hatijah bersama-sama 17 pengikutnya telah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan itu.
Hakim Syarie Kamarulzaman Ali melepaskan kesemua mereka dengan bon berkelakuan baik selama setahun.

Sementara itu, ketika menjawab soalan media berhubung isu Global Ikhwan Holding Sdn Bhd (GISB) yang dipercayai pernah menyeleweng dana anak yatim, Hatijah, yang juga pengerusi eksekutifnya, berkata beliau berjanji akan memulangkan semula dana berkenaan.

“Segala urusan dan proses pemulangan dana sedang dilakukan pihak GISB dan disebabkan itu kita menjenamakan semula yayasan kami agar perkara itu tidak lagi berulang…mana yang boleh dipulangkan, kami pulangkan,” katanya.

Pada 19 Ogos lalu, bekas pekerja GISB membuat laporan polis berhubung salah laku dan penyelewengan Hatijah dalam pengagihan dana rumah amal anak yatim kelolaan syarikat berkenaan.

Hatijah kemudiannya ditahan reman selama empat hari ketika itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Anti Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan berkaitan kes penyelewengan dana rumah amal anak yatim dan dibebaskan dengan jaminan polis bernilai RM5,000 dengan seorang penjamin. -BERNAMA
ebook

Sabtu, 15 Februari 2014

” Kami Bukan Bergaduh Di Stesen Minyak Itu Cuma BERBINCANG Suami Isteri


Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga sudah terdengar khabar yang kurang menggembirakan mengenai Adam AF dan isterinya, Siti Zaidatul Fiza atau Fiza Elite.

Perkahwinan mereka didakwa goyah oleh sebuah akhbar selepas mereka terlibat dengan pertelingkahan di sebuah stesen minyak, baru-baru ini .

Perkara itu dikatakan berpunca daripada sikap Adam yang cemburu dengan Fiza, 32, yang ketika itu sedang berbual dengan bekas kekasihnya di situ.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Adam menafikan perkahwinannya sudah berantakan seperti yang dilaporkan oleh media tersebut.

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya.

“Apa yang terjadi antara kami tidaklah sehingga rumah tangga menjadi goyah,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, juga dilaporkan berkata dia mahu pihak yang membuat cerita tersebut tampil ke depan untuk membuktikan kesahihan cerita yang diuar-uarkan.

Malah Adam juga tidak redha dengan penulisan wartawan yang menjaja cerita tersebut kerana ianya mengatakan semua itu adalah fitnah semata-mata.
Oleh: AUDREY LEE