KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon bersempena Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) Sesi 2013/2014 akan diadakan pada 25 November ini.
Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat UPM dalam satu kenyataan memberitahu, proses itu akan berlangsung di Dewan Perdana 1, Aras Bawah, Kompleks Perdanasiswa (KPS) UM.
“Proses penamaan calon Pemilihan MPPUM Sesi 2013/2014 akan diadakan dari pukul 9 hingga 11 pagi.
“Proses ini akan dilakukan secara atas talian atau dikenali sebagai e-penamaan calon. Proses bantahan dan rayuan terhadap penamaan calon juga melalui kaedah sama,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Pemilihan MPPUM Sesi 2013/2014 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kerusi fakulti, pusat, akademi dan kerusi umum.
Keseluruhannya, sebanyak 43 buah kerusi diperuntukkan iaitu 34 untuk kerusi fakulti, pusat, akademik dan sembilan untuk kerusi umum.
Kata kenyataan itu, calon umum akan membuat proses pengesahan penamaan calon yang akan diperakui oleh pendaftar.
Manakala, proses itu bagi calon fakulti, pusat, dan akademik masing-masing akan dilakukan oleh dekan atau wakil dekan.
Jelas kenyataan itu, pengundian Pemilihan MPPUM secara atas talian atau e-undi dijadualkan pada 28 November 2013 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di 18 buah lokasi pembuangan undi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar