Isu Rumahtangga Belum Selesai, Rita Dituduh Dispedo Datuk S - KUALA LUMPUR : Semenjak mengeluarkan produk RS Collagen, pelakon Rita Rudaini dituduh sedang bahagia dibela seorang lelaki bergelar Datuk S biarpun dia masih turun naik mahkamah untuk menanti keputusan mengenai isu rumahtangganya bersama pemain bola sepak Aidil Zafuan.
Bagaimanapun, Rita menafikannya dan mengatakan tuduhan ini berbangkit sejurus selepas ada pihak yang bingung dengan penggunaan nama RS terhadap jenama produknya itu.
“Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita dispedo seorang Datuk bernama S. Semuanya sebab nama RS Collagen. Banyak orang tak tahu, sebenarnya RS adalah gabungan nama Rita dengan teman perniagaan Rita iaitu Saleha.
“Selain dituduh dibela Datuk, partner Rita turut dituduh sebagai kambing hitam Rita. Maksudnya, Saleha itu sebagai penutup untuk Datuk S. Sebenarnya, Rita tidak berapa kisah pada tuduhan ini.
“Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahama Rita dan Saleha saja,” katanya kepada murai.com.my.
Memperjelaskan mengenai gangguan lain, Rita berterus-terang bahawa temannya itu sering saja menerima panggilan misteri daripada individu yang tidak dikenali.
“Rita tidak diganggu tetapi kawan Rita setiap hari dapat panggilan misteri. Mereka kacau Saleha. Yang peliknya, gangguan telefon itu tidak terkena pula pada Rita.
“Gangguan ini berlaku setiap hari sejak Rita buka bisnes ni. Biarpun begitu, Alhamdulillah, rezeki Rita tetap murah. Apapun, nasib baiklah teman Rita ini dah biasa dengan resam perniagaan.
“Rita tidak dapat cam suara itu sebab bukan Rita yang ditelefon. Mungkin orang itu kenal Rita dan sebab itulah dia tak kacau Rita. Setiap kali telefon, suara itu berubah tetapi menggunakan nombor private,” jelasnya.
Berasa bersalah terhadap apa yang dilalui oleh temannya itu, Rita berkata, dia senditi tidak tahu mengapa ada orang yang dengki terhadap perniagaan mereka.
“Kami syak orang yang sama. Mustahil orang yang call itu berlainan sebab nombor yang tertera hanya nombor private saja. Tetapi mungkin orang yang sama upah orang yang berlainan untuk bercakap dengan menggunakan nombor sama.
“Yelah, suara tersebut sekejap lelaki sekejap perempuan. Mungkin mereka ingat kita tidak boleh traced walaupun guna nombor private ke?,” ujarnya. – Murai
Tidak ada komentar:
Posting Komentar