Tampilkan postingan dengan label makan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label makan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Lelaki Lapor Polis Setelah Restoran All You Can Eat Mengusirnya Kerana Makan Banyak

  
Selama ini kita fikir restoran "all you can eat" akan membiarkan kita bersantap sepuasnya hingga kenyang, tapi pada kenyataannya ternyata tidak. Paling tidak peraturan tersebut tidak berlaku untuk sebuah rumah makan di Wisconsin.

Semua urus niaga rumah makan all you can eat pasti tahu, bahawa pelanggan  yang mempunyai selera makan di atas rata-rata adalah jelek untuk bisnes. Tapi bukankah itu faktor resiko yang tetap harus diambil?

Sebuah restoran dari Wisconsin nampaknya tidak pernah mengira jika suatu ketika seseorang yang memiliki kapasiti perut seperti kobayashi bakalan datang dan menghabiskan stok makanan mereka. Tepatnya, pada kes ini, seorang lelaki melahap habis sedosin ikan goreng yang mereka sediakan. Dan sebelum lelaki tersebut sempat menambah ikan yang ke tiga belas, pekerja restoran mengusir lelaki tersebut secara halus, dengan memberikan paket berisi 8 ikan goreng untuk dibawa pulang.

Tak terima, sang pelanggan protes dan menuduh restoran tersebut telah memberlakukan iklan palsu. Ia melaporkan kejadian ini kepada polis  dan dua hari kemudian kembali dengan membawa papan demo.

Senin, 10 Februari 2014

Makan betik boleh awet muda


KUALA LUMPUR - Seseorang yang ingin kelihatan muda rupa-rupanya tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pelbagai jenis kosmetik, sebaliknya memadai dengan hanya memakan betik.

Menariknya, betik yang dimakan bukan setakat berupaya memenuhi keperluan nutrisi harian sesiapa yang memakannya tetapi juga mampu mengekalkan seseorang itu awet muda.
Kenyataan itu disokong oleh pensyarah dari Jabatan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Azizah Abdul Hamid yang menyatakan kandungan komponen aktif dalam buah-buahan seperti betik mampu mengurangkan tindak balas pengoksidan.
"Tindak balas pengoksidan mampu menjadikan kulit seseorang berkedut selain mengundang tompok-tompok hitam tetapi dengan adanya komponen aktif iaitu sebatian fenolik, ia akan bertindak sebagai antipengoksidan yang melambatkan proses penuaan, katanya selepas seminar bertajuk Optimization of Nutraceutical Processing Using Parameter Estimation di UPM semalam.
Menurut Azizah, selain berguna sebagai agen antipenuaan, betik juga berperanan untuk menghalang kanser seperti kanser prostat, penyakit berkaitan jantung dan penyakit alzheimer.
Selain betik, buah-buahan lain yang turut memberikan kelebihan yang sama kepada manusia ialah jambu batu isi merah, buah naga isi merah, ubi keledek serta kelompok herba seperti pegaga dan mengkudu.