Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Rabu, 13 Agustus 2014

2 Maut 4 Cedera Dalam Kemalangan 3 Kenderaan


MUAR – Sepasang suami isteri maut manakala tiga wanita dan seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta di Km 25, Jalan Muar-Batu Pahat dekat Sungai Belukang, Sungai Balang di sini malam semalam.

Bekas pengurus tanah perkuburan Cina di Batu Pahat, Tan Chai Soon, 55, dan isteri How Siew Boon, 54, dari Taman Puteri, Bandar Penggaram, maut di tempat kejadian dalam nahas pukul 9 malam itu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata empat lagi yang cedera ialah tiga yang menaiki bas persiaran termasuk pemandu, manakala seorang lagi penumpang MPV.

Kesemua mereka cedera ringan dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya kemalangan berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan balik ke Batu Pahat selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan anak perempuan mereka di bandar ini.

Setiba di tempat kejadian kereta Proton Persona yang dipandu oleh Tai dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kenderaan MPV yang dipandu oleh Mazlan Abd Rahim, 55, sebelum merempuh bas persiaran yang dalam perjalanan ke Perlis dari Batu Pahat.

Katanya How yang duduk di sebelah tempat pemandu tercampak keluar dan mengalami cedera parah di kepala manakala suaminya pula tersepit di tempat duduk.

Mazlan bersama lima anaknya tidak mengalami kecederaan tetapi isteri beliau yang dikenali sebagai Hanizah cedera di lengan kiri, katanya.

Ketika kejadian, bas persiaran itu membawa 16 penumpang. – BERNAMA

Senin, 10 Maret 2014

Bawa 13 Amah Sekaligus Dalam MPV


Bayangkan 13 orang dipercayai kesemuanya pembantu rumah atau amah diangkut sekaligus dengan sebuah kenderaan MPV sehingga mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam sekeping foto yang disebarkan di internet.

Kejadian berlaku di Singapura apabila seorang pemandu bernama Nora ternampak sebuah MPV jenis Toyota ketika melalui jalan Clementi.

Nora berkata, beliau kemudian memandu ke sebelah MPV berkenaan dan melihat ada 13 orang wanita di dalam MPV berkenaan dengan enam daripada mereka terpaksa duduk di bahagian boot di belakang kereta.

“Seorang duduk di sebelah pemandu, lima duduk di barisan kerusi tengah manakala enam lagi duduk di belakang boot, tiga duduk di atas pangkuan tiga yang lain,” katanya.

Menurut Nora, kerusi di bahagian belakang dilentangkan bagi memudahkan mereka duduk di atasnya.

“Pemandu MPV itu selamba sahaja tidak mengendahkan pun perbuatannya membawa 13 orang pembantu rumah di dalam MPVnya menarik perhatian pemandu lain,” katanya.

Menurut Nora, pihak polis trafik di Singapura perlu mengambil tindakan tegas kerana pemandu itu membahayakan nyawa pembantu rumah warga asing yang datang ke negara republik itu hanya untuk bekerja dengan baik dan selamat.

Sumber : Singaporeseen.stomp.com.sg

Kamis, 13 Februari 2014

Lelaki Skodeng Dari Dalam Lubang Tandas

Lelaki Skodeng Dari Dalam Lubang Tandas

SEORANG lelaki di Oklahoma ditahan kerana bersembunyi di dalam tandas untuk mengintai wanita yang mahu menggunakan kemudahan itu.
Lelaki itu, Kenneth Webster Enlow, 52 tahun, memberikan mimpi ngeri buat seorang wanita dan anak perempuannya selepas mereka berdua menggunakan tandas di sebuah taman di situ.
Sebaik masuk ke dalam tandas, mereka menyedari seorang lelaki mengintai mereka dari dalam tandas itu dengan wajahnya ditutupi najis.
Wanita itu kemudiannya menelefon polis dan lelaki itu berjaya memanjat masuk ke dalam tangki septik tandas itu meskipun berat badannya mencecah 104 kilogram.
Apabila Sheriff tiba, Enlow memberitahu pagawai polis yang teman wanitanya memukulnya di kepala dengan besi sebelum memasukkan dia yang tidak sedarkan diri ke dalam tangki yang busuk itu.
Lelaki itu kemudiannya dibersihkan oleh ahli bomba, lelaki itu dibawa ke hospital untuk dibuat pemeriksaan jika ada kecederaan atau tidak di badannya, selepas tidak ada kecederaan, dia ditahan.
Enlow juga mempunyai banyak rekod berkelakuan buruk di Oklahoma, penahanan dia sebelum ini menyaksikan dia terlibat kesalahan memandu ketika lesen digantung dan juga mabuk di khalayak ramai. – Ibnu K

Kamis, 26 Desember 2013

Wanita Ini Jual “Kentutnya dalam Bekas” di eBay

23 Feb 2013
Banyak orang memanfaatkan situs eBay untuk berdagang barang koleksi mulai dari barang keperluan sehari-hari hingga barang yang sulit ditemukan. Namun selain itu, ternyata eBay juga menawarkan barang-barang yang terbilang aneh untuk dijual. Nah dari semua barang aneh yang di jual di eBay, ini adalah salah satu yang paling bau dan menjijikan, iaitu kentut di dalam bekas.
9betksi5 copy
wanita pemilik akun kbug1978 ini menjual kentutnya dalam toples (Sumber : brobible.com, uniknya.com)
Yaandapasti bertanya-tanya apa manfaat dari kentut ini sehingga dijual di eBay. Well, jangan pernah pikirkan kerana anda mungkin tidak akan menemukan jawabannya. Namun yang pasti, benda ini memang benar dijual oleh seorang wanita pemilik akun kbug1978. Ia menjual produk yang sangat unik.
“Ini adalah kentut “segar” yang diwadahi pada sebuah bekas, sangat mungil dan menawan. Saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfer. Anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $ 2,50, “  itulah penjelasan item di eBay.
Berminat?
Atau bila anda ingin menjadi seorang pengusaha yang ingin meraup wang dengan menjual kentut seperti yang wanita itu lakukan, inilah video  cara-cara untuk menyimpan kentut dalam sebuah toples. Semoga bermanfaat.
Sumber : trutv.com, uniknya.com
 

sumber

Jumat, 20 Desember 2013

Kepala Abang Dalam Peti Beku


MALLORCA – Seorang pemotong daging Sepanyol memotong tubuh abangnya dan menyimpan cebisan daging mangsa dalam peti pembeku selama setahun sebelum menyerah diri kepada polis, semalam.

Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.

Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.

Polis yang melancarkan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui cebisan anggota mangsa dalam peti pembeku. Kepala dan beberapa anggota lain dibungkus rapi dan diletakkan bersama makanan segar.

Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.

Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.

Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian. – AFP

Selasa, 17 Desember 2013

China Merancang Untuk Membina Sky Scraper Dalam 90 Hari



Sebuah syarikat pembinaan CINA merancang untuk membina 
menara tertinggi di dunia hanya dalam masa 90 hari.
Menara ini mempunyai sebanyak 220 tingkat, sebaik sahaja selesai ia akan mengandungi sebuah sekolah, hospital, 17 helipad dan pangsapuri untuk 30,000 orang.

Digelar Sky City, bangunan di Chansha di tenggara wilayah Hunan di China akan naik pada kadar lima tingkat sehari. Komponen bangunan akan turut bersama-sama seperti kepingan Lego.

Mungkin bagunan ini tidak cantik, tetapi ia adalah selamat untuk diduduki. Seri Bina bagunan ini telah dikira dengan tepat supaya dapat menahan daripada bencana gempa bumi sehingga ia dapat menahan getatan sebanyak 9.0 magnitude.