Rabu, 12 Maret 2014

Gambar Farid Diana Dan Cahaya Mata

DIANA

Sehingga ke hari ini, pelakon terkenal, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle tidak pernah lagi mendedahkan lagi nama cahaya mata sulung mereka kepada pihak media.
Terbaru, Diana yang masih berpantang di Australia berkongsi gambarnya sekeluarga bersama anak lelaki yang dilahirkan pada 2 Julai lalu.
Farid juga dikhabarkan masih berada di sana untuk menemani anak dan isterinya di sana.
Semoga kebahagiaan pasangan pelakon ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan anak mereka membesar dengan sihat dan baik.
Oleh: AUDREY LEE

Selasa, 11 Maret 2014

7 Rumah Kartun Terunik di Dunia

Para fans berat kartun animasi ternyata tidak hanya menggemari karakternya di dunia fiksi, tetapi terbawa sampai ke dunia nyata. Para fans tersebut membangun rumah-rumah yang persis dengan rumah karakter kesayangannya di animasi tersebut.
Foto-foto dibawah ini adalah 10 rumah yang pemiliknya terinspirasi atau merupakan penggemar fanatik karakter animasi tersebut.


1. Minnie Mouses House

Rumah minnie ini berwarna pink dan lavender, rumah ini tidak hanya tampak lucu di luar tetapi juga penuh dengan perlengkapan di dalamnya. Rumah ini bisa dilihat di Mickeys Toontown Fair, di Orlando, Florida



2. The Simpson House

Rumah ini persis dengan di dalam kartun Simpson baik luar maupun dalamnya dan terletak di Henderson, Nevada, Amerika



3. Flintstones House

Siapa bilang kalau rumah The Flinstones hanya ada dalam kartun? Rumah kartun terkenal tersebut didapati juga di dunia nyata. Memiliki pintu depan, beberapa jendela dan atap. Rumah ini terletak di Nas Montanhas de Fafe di Portugal.



4. Barbies House

Rumah modern ini diciptakan oleh disainer interior Jonathan Adler pada malam ulang tahun Barbie ke 50 Tahun. Akan tetapi pada bulan Maret 2009, desainer Adler menjadikan rumah tersebut di kehidupan nyata dengan sebuah rumah yang mempunyai luas 3.500 kaki persegi yang menghadap Samudera Pasifik.

Rumah ini cocok menjadi rumah boneka Barbies Real-Life Malibu Dream House yang terletak di Malibu, California.



5. Snoopys House

Rumah Snoopy versi raksasa ini dibuat bentuknya persis dengan rumah anjing dan digunakan sebagai informasi kios untuk kompleks di lapangan bisbol, bagian dari Charles M. Schulz Museum, di Santa Rosa, California



6. Hobbits House

Ini bukan rumah-rumahan yang dibangun oleh produser rumah The Lord of The Rings lho, tetapi ini adalah rumah nyata yang bisa ditinggali. Rumah Hobbit yg mengagumkan ini dibangun oleh Simon Dale, yang walaupun bukan seorang arsitek atau bahkan pekerja bangunan, tetapi dapat membangun rumah spektakuler ini.

Yang lebih menakjubkan lagi Simon yang membangun rumah tersebut dengan ayahnya hanya membutuhkan waktu 4 bulan untuk menyelesaikannya. Biaya yang dikeluarkan sekitar 3.000 pound.



7. Hello Kitty’s House

Rumah kucing Hello Kitty vila ini terletak di Taipei, Taiwan. Begitu orang melihatnya, pasti sudah langsung tahu kalau itu rumah Hello Kitty.
 
 
 
sumber 

Senin, 10 Maret 2014

Bawa 13 Amah Sekaligus Dalam MPV


Bayangkan 13 orang dipercayai kesemuanya pembantu rumah atau amah diangkut sekaligus dengan sebuah kenderaan MPV sehingga mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam sekeping foto yang disebarkan di internet.

Kejadian berlaku di Singapura apabila seorang pemandu bernama Nora ternampak sebuah MPV jenis Toyota ketika melalui jalan Clementi.

Nora berkata, beliau kemudian memandu ke sebelah MPV berkenaan dan melihat ada 13 orang wanita di dalam MPV berkenaan dengan enam daripada mereka terpaksa duduk di bahagian boot di belakang kereta.

“Seorang duduk di sebelah pemandu, lima duduk di barisan kerusi tengah manakala enam lagi duduk di belakang boot, tiga duduk di atas pangkuan tiga yang lain,” katanya.

Menurut Nora, kerusi di bahagian belakang dilentangkan bagi memudahkan mereka duduk di atasnya.

“Pemandu MPV itu selamba sahaja tidak mengendahkan pun perbuatannya membawa 13 orang pembantu rumah di dalam MPVnya menarik perhatian pemandu lain,” katanya.

Menurut Nora, pihak polis trafik di Singapura perlu mengambil tindakan tegas kerana pemandu itu membahayakan nyawa pembantu rumah warga asing yang datang ke negara republik itu hanya untuk bekerja dengan baik dan selamat.

Sumber : Singaporeseen.stomp.com.sg

Minggu, 09 Maret 2014

Digilis ketika tidur tengah jalan

Melaka: “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya lihat lelaki berpakaian lengkap itu terbaring di tengah jalan dengan kepalanya berlumuran darah dan seolah-olah sudah tidak bernyawa.

“Tersentak melihat keadaan itu, saya yang menunggang motosikal segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” kata seorang remaja lelaki dikenali sebagai Adnan, 17, yang menemui mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan di Ladang Bertam, Krubong, di sini, semalam. 
Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 40-an tidur di atas jalan sebelum kepalanya digilis sebuah kenderaan yang melalui kawasan ladang kelapa sawit itu. 

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian sebelum ditemui remaja berkenaan pada jam 7.35 pagi.


ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang dipercayai dilanggar kenderaan.

Menurut Adnan, dia yang sedang berada di rumahnya di sebuah kampung berdekatan menerima panggilan daripada seorang rakan memaklumkan berlaku kemalangan di kawasan terbabit.

sumber: