Senin, 10 Maret 2014

Bawa 13 Amah Sekaligus Dalam MPV


Bayangkan 13 orang dipercayai kesemuanya pembantu rumah atau amah diangkut sekaligus dengan sebuah kenderaan MPV sehingga mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam sekeping foto yang disebarkan di internet.

Kejadian berlaku di Singapura apabila seorang pemandu bernama Nora ternampak sebuah MPV jenis Toyota ketika melalui jalan Clementi.

Nora berkata, beliau kemudian memandu ke sebelah MPV berkenaan dan melihat ada 13 orang wanita di dalam MPV berkenaan dengan enam daripada mereka terpaksa duduk di bahagian boot di belakang kereta.

“Seorang duduk di sebelah pemandu, lima duduk di barisan kerusi tengah manakala enam lagi duduk di belakang boot, tiga duduk di atas pangkuan tiga yang lain,” katanya.

Menurut Nora, kerusi di bahagian belakang dilentangkan bagi memudahkan mereka duduk di atasnya.

“Pemandu MPV itu selamba sahaja tidak mengendahkan pun perbuatannya membawa 13 orang pembantu rumah di dalam MPVnya menarik perhatian pemandu lain,” katanya.

Menurut Nora, pihak polis trafik di Singapura perlu mengambil tindakan tegas kerana pemandu itu membahayakan nyawa pembantu rumah warga asing yang datang ke negara republik itu hanya untuk bekerja dengan baik dan selamat.

Sumber : Singaporeseen.stomp.com.sg

Tidak ada komentar:

Posting Komentar